
The Complete Challenge II!
jomgig.com sekali lagi mengumumkan peraduan "The Complete Challenge" yang akan bermula pada hari ini 13 Oktober 2009. Kali ini hadiah yang sama iaitu wang tunai RM1500 bakal dimenangi oleh pemenang tetapi dengan sedikit perubahan kepada syarat-syarat peraduan.
Bagaimana untuk menang?:
- Syarat utama menyertai peraduan ialah menyertai jomgig.com dan lengkapkan profil anda termasuk gambar dan ahli band.
- "Upload" MP3 lagu anda (sekurang-kurangnya satu) - satu MP3 akan memperoleh 5 markah
- "Embed" Video anda dari youtube (sekurang-kurangnya satu) - satu video akan memperolehi 5 markah
- Dan akhir sekali ajak peminat-peminat anda untuk mengikuti anda di jomgig.com - satu peminat akan di kira 3 markah
Sebagai contoh,
- Band A mempunyai 4 mp3, 3 video dan 30 orang peminat. tetapi band A tidak mempunyai gambar. Markah untuk band A = 0 markah
- Band B mempunyai 2 mp3, 2 video dan 10 peminat dan kesemua profil telah lengkap. Markah untuk band B = 54 markah
- Band C mempunyai 5 mp3, 5 video dan 5 peminat dan kesemua profil telah lengkap. Markah untuk band C = 75 markah
Dalam situasi di atas band C akan memenangi pertandingan ini. Mudah bukan? :)
Klik DISINI untuk melihat ranking band sekarang.
Selain wang tunai yang akan dimenangi, kami juga akan mewawancara anda di muka depan jomgig.com!
Syarat-syarat
- Pertandingan bermula 13 Oktober 2009 dan berakhir 10 November 2009
- Pastikan anda telah mendaftar dengan jomgig.com sebagai artis/band.
- Pastikan anda telah mengisi setiap ruang kosong di dalam pendaftaran artis/band untuk layak menyertai pertandingan ini
- lagu anda mestilah lagu sah yang dirakam oleh band anda sendiri
- Video anda mestilah video yang merakam persembahan band anda atau klip video band anda.
- Lagu dan video anda akan diperiksa oleh pasukan jomgig.com dari segi keasliannya.
- Pihak jomgig.com akan membatalkan serta merta penyertaan artis/band yang didapati menipu dalam apa cara sekalipun
- Keputusan untuk mengesahkan, membatalkan dan mengisytiharkan pemenang adalah keputusan pasukan jomgig.com. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
- Pihak jomgig.com berhak untuk mengubah mana-mana syarat di atas dan akan mengambil tindakan tegas di atas sebarang penipuan dalam peraduan ini
* Hubungi piak jomgig.com jika terdapat sebarang masalah.