5forty2

"Mixtape 5forty2 Bertajuk Angkat Mikrofon Vol.1 Dah Keluar! Http://www.542music.com/2009/11/mixtape-angkat-mikrofon-vol-1.html"

Genre: Hip Hop
Location: Not Specified,
Year Establish: 2004
Website: http://www.542music.com


 

About 5forty2

Tidak ada apa yang keramat di Keramat. Cuma di suatu sudut kawasan ini, tiga adik beradik mula berjuang mengangkat mikrofon dan menyuarakan apa yang terdapat dalam fikiran mereka, bersuara untuk perubahan. Mereka tidak rap dengan bahasa Melayu tinggi, mereka melontarkan slanga harian orang Kuala Lumpur supaya lebih jujur suaranya dan benar-benar menggambarkan ekspressi mereka. Suara orang dari Keramat.

Untuk Mengingatkan mereka kepada asal usul mereka, mereka mengambil tiga digit pertama poskod kawasan Keramat (54200) dan membentuk nama 5forty2. Bermula dengan hanya tiga anggota, 5forty2 kini semakin meriah dengan kehadiran empat orang lagi saudara.

Ideologi mereka mudah, tujuan utama diciptakan manusia adalah untuk menyerah diri dan mematuhi Penciptanya. Dan mereka memanifestasikan prinsip hidup tersebut dengan bersuara untuk orang tertindas, menolak sebarang kuku besi kerana manusia hanya layak menjadi hamba kepada Penciptanya sahaja; mengingatkan pendengar bahawa ada Pencipta di atas sana dan hidup bukan semata-mata untuk kepuasan material.

Enam buah lagu telah diedarkan melalaui internet setakat ini. Salah satunya adalah lagu Ushahidu (Budak-Budak Zaman Sekarang) yang tersebar luas di kalangan pendengar Melayu baik dalam negara mahupun luar negara. Pada November 2009, 5forty2 telah menerbitkan sebuah mixtape yang menampilkan lagu-lagu terbaru mereka.

more


Song title: Balada Palestine
Artist Name: 5forty2
Listen

Song title: Ushahidu (Budak Zaman Sekarang)
Artist Name: 5forty2
Listen

Song title: Datang Balik
Artist Name: 5forty2
Listen

Song title: Raya Sakan (CypherD Remix)
Artist Name: 5forty2
Listen


What say you?



Comments
ukea7x said:
hop hop!
about seven years ago