Dazmelon

"On Recording They Fisrt Album"

Genre: Indie / Melodramatik,modern punk rock,rockabilly
Location: Ampang, Selangor
Year Establish: 1997
Website: http://www.myspace.com/DazMeLoN


 

About DazMeLoN

Semuanya bermula pada pertengahan bulan Mac 1997,apabila Ayat bertemu Piranazs pada suatu malam di sebuah gerai makan.Mereka adalah rakan sedarjah sewaktu disekolah rendah dan besekolah di sekolah menengah yang sama.Dari perbincangan mereka,Ayat bercadang ingin menubuhkan sebuah band untuk “berjamming” bersama-sama kenalan mereka di setiap hari sabtu.Pada mulanya band ini diberi nama T.N.S dan membawa muzik aliran grunge kerna Ayat lebih terpangaruh dengan muzik aliran itu,dan lagu-lagu “jamming”mereka adalah cover dari band NIRVANA.Line up awal band ini pada masa itu ialah Ayat (vocal & guitar),Zeroll (bass),dan Piranazs (drum).Pada penghujung bulan Julai 1997,Zeroll menarik diri kerana ingin berpindah,dan tempatnya digantikan oleh Ainol untuk beberapa bulan sebelum digantikan oleh Amy pada bulan Oktober yang juga bersekolah di sekolah yang sama. T.N.S menambah line upnya dengan penyertaan Jazz (2nd guitar) pada seawal Januari 1998 ketika mereka bertembung secara tidak sengaja di Heaven Studio,Ampang,yang ketika itu sedang menjadi pemain gitar sebuah band ‘suke-suke’.Mereka “berjemming” untuk beberapa bulan bagi menyertai satu ‘Battle Of The Band’ yang dianjurkan oleh Heaven Studio pada tahun 1998.Selepas meyertai pertandingan itu,T.N.S merakamkan sebuah demo cover dari band-band grunge yang mereka minati sebelum menukar aliran muzik mereka kearah “Street music” atau di gelar “ Oi! “ dan menukar nama band kepada The Noice Stupid. Mereka cuba mencari peluang menyertai mana-mana ‘gig’ pada ketika itu,dan berlarutan sehingga ke pertengahan tahun 1999 apabila mereka mula ‘give up’ dengan aliran muzik mereka ketika itu dan di ikuti juga dengan penyingkiran Amy dari The Noice Stupid kerana masalah disiplin.Dengan line up yang kini hanya Ayat (voc & lead guitar),Jazz (bass),dan Piranazs (drum) mereka sekali lagi menukar aliran mereka kepada muzik yang berat ,dengan idealogi metal yang baru The Noice Stupid mula mencari pemain gitar kedua bagi memantapkan kedudukan band dan akhirnya Ajim melengkapkan The Noice Stupid dengan menyertai band pada penghujung bulan September,mereka mula mencipta lagu sendiri dan “jamming” untuk beberapa bulan sebelum merakamkan demo pertama The Noice Stupid.Mereka sekali lagi meryertai satu ‘Battle Of The Band’ dan memenangi tempat pertama dengan lagu-lagu mereka sendiri.(Julia & cinta remaja) Pada seawal tahun 2000,The Noice Stupid menyingkirkan Piranazs dari band kerana masalah dalaman band dan mengantikan tempatnya dengan CaPunk (drummer sebuah band punk) dan sekali lagi menukar nama band kepada SACCURA disertai dengan penyertaan Pijut sebagai penyanyi.Mereka mula mencipta beberapa buah lagu baru lagi,mereka juga menyertai satu lagi ‘Battle Of The Band’ anjuran Kembara Studio pada bulan Ogos dan memanggil kembali Piranazs bagi menggantikan CaPunk yang menarik diri seminggu sebelum hari pertandingan.Pada awal tahun 2001mereka juga sempat merakamkan sebuah lagi demo SACCURA sebelum berpecah pada pertengahan bulan Mei tahun 2001 dan membawa haluan masing-masing. Hampir setahun berpecah,Ayat yang ketika itu selalu “berjemming” dengan rakan-rakan sekampung bertemu Pian (drum) pada satu sesi “jamming” dan mengajak Pian “jamming” bagi mengisi masa dan bermula dari situ awal penubuhan DazMeLoN di ikuti Piranazs yang kembali menetap di Ampang dan menghubungi Ayat untuk “jamming” bersama kembali pada penghujung tahun 2002.Mereka kekal bersama hampir setahun,line up band pada masa itu ialah Ayat (Lead guitar),Pian (Drum),Piranazs (2nd guitar & Voc),dan Pojie (bass) yang merupakan pemain bass dari band lama pian dengan menggunakan nama PiAN BAND dan hanya membawa lagu-lagu cover semasa “jamming” sehingga pada pertengahan bulan Febuari tahun 2003 Pojie menarik diri dan Piranazs menggantikan tempatnya dengan bermain bass dan penyanyi,kemudian Ayat dan Piranazs berbincang dengan Pian mengenai memainkan kembali lagu-lagu lama mereka ketika bersama SACCURA,Pian bersetuju untuk memainkan kembali lagu-lagu SACCURA dengan tertubuhnya band yang diberi nama Project 03 pada bulan Mei tahun 2003.Pada tahun 2004 Project 03 menjemput kembali Ajim (2nd guitar) menyertai Project 03 untuk melengkapkan band,Ajim bersetuju menyertai Project 03 dengan syarat pengambilan Achot sebagai pemain bass yang juga merupakan pemain bass band HeterodoX.Mereka mula memainkan kembali lagu-lagu SACURRA dan menyiapkan lagu-lagu SACURRA yang tidak sempat disiapkan sebelum SACCURA berpecah duhulu.Kemudian pada bulan Julai tahun 2004,Achot menarik diri kerana sibuk dengan jadual gig HeterodoX dan di ikuti oleh Ajim pada bulan yang berikutnya kerana perbezaan pendapat.Piranazs kembali ke posisi bass dan penyanyi untuk beberapa bulan sebelum Axl Lee (vocal) menyertai band pada satu sesi “jamming”.Ajim menyertai band kembali pada awal tahun 2005 dan mereka juga sempat merakamkan sebuah demo lagu cover dan sebuah demo lagu sendiri pada penghujung tahun 2005 dengan mengunakan nama Project 04/05.Pada tahun 2006,nama Project 04/05 ditukar kepada DazMeLoN dengan line up asal band Ayat (Lead guitar),Ajim (Lead guitar),Piranazs (bass),Pian (Drum),dan Axl Lee (Vocal) dengan membawa aliran yang alternative,rock,melodramatic dan punk rock.Mereka juga merakamkan demo pertama Dazmelon pada tahun itu.Tahun 2007 Dazmelon mula mencari peluang untuk menyertai mana-mana gig disekitar Lembah Klang.Pada tahun 2007 juga Dazmelon terpaksa menyingkirkan Pian dari band seminggu sebelum gig pertama Dazmelon di Tunestone Studio,Klang kerana masalah komitmen terhadap band dan merekrut Daniel (Drummer Melodisaster) yang juga bekas drummer band projek Ayat dan Piranazs (Hazel-2006) bagi menggantikan tempat Pian dan masih kekal bersama hingga sekarang.

more


Song title: Palsu
Artist Name: DazMeLoN
Listen

Song title: terbang
Artist Name: DazMeLoN
Listen


What say you?



Comments
zexel said:
support my band k..
the elipsis
about eight years ago